KEPENTINGAN AIR DALAM KEHIDUPAN
70 peratus daripada badan kita ialah air. Tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan. Selain ia diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan, ia juga bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ kita.
Bagi seseorang yang kurang minum air, ia akan mengakibatkan penyakit seperti risiko batu karang, sakit kepala, kesakitan sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan. Air kencing juga akan berbau kuat dan berwarna kuning pekat bermakna ia jelas menandakan seseorang itu mengalami hidrasi.
Namun, dalam kita tidak sedar, seseorang itu akan kehilangan air dengan banyak daripada tubuh badannya menerusi pembuangan air kencing, pernafasan dan berpeluh. Bagi mereka yang aktif bersukan, kadar kehilangan air adalah lebih banyak berbanding dengan mereka yang tidak aktif.
Pegawai Belia dan Sukan Universiti Sains Malaysia (USM), A. Jegatheesvaran, juga selaku jurulatih Pasukan Olahraga USM berkata, air yang cukup dalam tubuh badan amat penting bagi mengekalkan kesegaran kepada tubuh badan. Beliau juga turut mengingatkan siswa-siswi yang aktif bersukan, melebihkan pengambilan air dalam kehidupan seharian mereka.
![]() |
boleh di kata kan separuh di dalam badan kita ialah air |
“Mereka yang aktif bersukan perlu minum air sebelum dan selepas bersenam agar ia dapat menjadi cecair semulajadi dalam mengekalkan fungsi dalam badan. Kekurangan air semasa bersukan akan menyebabkan kita mudah terhidrasi dan boleh menyebabkan seseorang itu pengsan”, jelasnya.
Selain itu, beliau juga menambah, air juga perlu diminum lebih awal sebelum tekak berasa kehausan. Bagi mereka yang sedang berdiet, Jegatheesvaran menyatakan bahawa dengan meminum banyak air, ia tidak akan menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk kerana air mempunyai kosong kalori dan ia juga akan mengenyangkan.
Air juga bukan sahaja datang daripada air minuman, malah ia juga datang daripada makanan seharian kita. Antara makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak adalah daripada buah-buahan citrus seperi oren, limau gedang dan limau. Di samping ia juga menjadi sumber khasiat untuk vitamin C, ia juga
No comments:
Post a Comment